Monday, March 23, 2009

ANALISI NOVEL TIVI KARYAWAN SASTERAWAN NEGARA CKG SHAHNON AHMAD

Cah adalah watak yang digambarkan Shahnon sebagai pembawa kemusnahan budaya kepada keluarganya. Beliau sebelum ini seorang wanita kampung biasa yang amalkan adat resam tetapi berubah akhirnya kerana mula terpengaruh dengan budaya seks setelah bergaul bebas dan bekerja di kilang sku........
lambang skru itu sebenarnya sudah memancarkan ruang lingkup 'alongated' sebagaimana dalam teori yang dikemukakan olek freud....... Cah boleh dikatakan gilakan seks apabila mula terpengaruh dengan benda-benda songsang seperti melihat cerita lucah dan membawa budaya ini hingga ke rumahnya sehingga seluruh keluarganya pula dimakan hawa nafsu yang dibawanya........ Sebelum ini, keluarganya mengamalkan ajaran agama dengan sebaik-baiknya...... Namun segalanya berubah setelah Cah membawa balik tivi untuk perubahan skala kehidupan....... Status tivi digambarkan lebih agung daripada sejadah...... ini dilihat apabila pengarang menggambarkan kesanggupan keluarganya mengalaskan sejadah demi meletakkan tivi....... alangkah songsang amalan ini.......
Lebih dasyat lagi apabila tivi itu dipasangkan pula benda-benda lucah...... seluruh keluarganya terpengaruh dan gemar melakukan aktiviti keruntuhan moral itu...... Akibat terpengaruh dan tipisnya nilai-nilai agama, pengarang menggambarkan dasyatnya apabila ayahnya membuat maksiat dengan Cah...... Tidak cukup dengan itu, ayahnya cuba merogol adiknya Cah....... Alangkah dasyat gambaran yang dikemukakan pengarang akibat pengaruh tivi.......... Akhirnya ayahnya cah dibalas dengan kuasa tuhan apabila terkena halilintar dan meninggal dunia tanpa sesalan atau penghujung taubat......
Justeru, pengarang cuba membayangkan keadaan yang wujud yang kini pun memang menjadi suatu realiti bahawa disebabkan pengaruh media, antara manusia walhal bapa dengan anak pun sudak tidak kenal siapa antara batas-batas dan nilai-nilai murni dalam agama......... Segalanya menjadi kabur ekoran keterbatasan dan libido diri dipenuhi kehendak naluri yang tidak dapat dikawal...........