P&P BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 2A & 2B















  




I made this widget at MyFlashFetish.com.




Anak-anak 2A & 2B, pada isnin selepas cuti penggal 1 ini, kita akan bincang tentang ringkasan & pemahaman (petikan yang telah diberi, cari isi penting, nanti akan dibincangkan)... selasa, karangan jenis berita (sila buat rujukan).... Rabu & Khamis, komsas pantun Agama serta ayat penyata & tanya (rujuk di bawah)..... Pastikan juga buat petikan akhbar dan catatkan isi penting..... ok guys, selamat bercuti... tq............


Ayat Penyata

1)      Ibu menjahit baju adik
2)      Pokok rambutan sudah berbuah.
3)       Harimau itu sangat garang.



Ayat Tanya


Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu
i)  Ayat tanya tanpa kata tanya.
ii) Ayat tanya dengan kata tanya.
(Nik Safiah Karim et. al: 2004:423)

Ayat tanya digunakan untuk menanya sesuatu perkara. Terdapat ayat tanya biasa, ayat tanya sonsang, ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya tanpa kata tanya.
Kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya adalah seperti; apa, bila, mana, siapa, bagaimana, mengapa, kenapa dan berapa.


Kata Tanya
Penggunaan
Apa
Benda, binatang
Bila
Masa
Mana
Tempat
Siapa
Orang
Bagaimana
Cara
Mengapa
Sebab
Kenapa
Sebab
Berapa
Bilangan



P&P buat masa ini akan menekankan berkenaan dengan tatabahasa, latihan ringkasan dan pemahaman, karangan tidak berformat meliputi bahan rangsangan dan tindakan serta maksud peribahasa dan perumpamaan..... (sila rujuk buku teks, buku latihan dan rujukan berkenaan)....

 
Guys, pastikan tugasan yang diberi dibuat semasa cuti merangkumi :-
1) Ringkasan & pemahaman
2) Latihan karangan Pemulihan (Tindakan 2)
3) Keratan akhbar (catatkan isi penting)
4) Maksud perumpamaan

Ok, selamat bercuti...kita sama-sama akan bincang dalam kelas selepas cuti nanti... sekiranya ada masalah ajukan kepada saya...

Tq semua........

P&P 28/01/2011
LATIHAN PEMULIHAN KARANGAN CERITA TINDAKAN 2
SOALAN…..
Seorang rakan kamu terjatuh tangga pada waktu rehat di  sekolah. Ceritakan tindakan yang kamu ambil bagi membantu rakan kamu itu. Lengkapkan tempat kosong dengan rangkai kata dan ayat yang sesuai.  

   Ketika berehat di kantin sekolah pada minggu lepas, seorang  rakan saya telah mendapat kemalangan. Tangannya patah akibat
________________________________________________________________________________________________________________. Tanpa berlengah-lengah lagi, saya segera bertindak untuk membantunya.

   Mula-mula, saya menghampirinya untuk memberi rawatan awal kepadanya. Saya meminta pertolongan rakan untuk mengambil ______________________________________________________________________________rawatan. Kemudian, saya mengambil kain anduh untuk menyangga tangannya yang patah itu. Setelah itu, saya memapahnya ke bilik rawatan. Seterusnya, saya melaporkan kejadian tersebut kepada  ___________________________________________________________________________________________________ Pelaporan ini penting agar pihak sekolah dapat merekodkan kejadian sebenar serta melakukan  ___________________________________________________________________________________________________________.

    Selepas itu, saya bergegas ke pejabat sekolah untuk _________________________________________________________________. Saya memaklumkan tentang kejadian tersebut dan meminta keluarganya bertenang. Saya juga meminta mereka pergi  ke hospital daerah_________________________ untuk melihat keadaan anak mereka. Berikutnya, saya mengirnginya ke hospital dengan menaiki ________________________________________________________________mendapatkan rawatan rapi.

    Saya juga telah menunggu sehingga rawatan tersebut selesai. Langkah sebegini penting untuk mengetahui sama ada rakan terbabit terpaksa tinggal____________________________________________________________________________________________________.
Saya bersyukur kerana telah dapat membantu rakan saya. Saya percaya, peristiwa tersebut akan memberikan __________________________________________________________________________________________________________________ serta rakan yang lain di sekolah.

            Sebagai rakan, saya tetap berdoa mudah-mudahan dia akan cepat ______________________________________________________ dan dapat bersekolah seperti biasa. Saya turut berharap ________________________________________________________________________.

 

 

CONTOH SOALAN KARANGAN PMR

Contoh soalan karangan

1. Tulis laporan tentang sebuah tempat menarik yang pernah anda lawati .
2. Anda seorang pegawai kebajikan masyarakat di tempat anda . Anda telah diminta berucap pada upacara keraian yang diadakan di Rumah Orang Tua . Tuliskan teks ucapan anda itu .
3. Bermain wau .
4. Anda telah pergi ke pasar tani bersama kakak anda . Ceritakan suasana di pasat tani tersebut .
5. Tuliskan sebuah karangan peribahasa yang bertajuk “ Masa Itu Emas ” .
6. Tuliskan sepucuk surat rasmi kepada sebuah pertubuhan untuk memohon kebenaran menggunakan peralatan khemah .
7. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa berikut “ Genggam bara biar sampai jadi arang”.
8. Buruk dan baiknya iklan Bahasa Inggeris di televisyen .
9. Sebagai setiausaha Persatuan Geografi anda dikehendaki menyediakan sebuah laporan minit mesyuarat tahunan .
10. Akhiri karangan anda dengan . “ .... ketika melangkah meninggalkan balai polis itu , aku berjanji tidak akan ke situ lagi”.
11. Beberapa pasukan beruniform sekolah anda telah mendaki Gunung Ledang selama tiga hari . Sebagai ketua , anda dikehendaki membuat catatan semasa berada di situ .
12. Adik kamu telah berjaya dalam peperiksaan dengan mendapat keputusan yang cemerlang . Dia juga menjadi pelajar terbaik di sekolah itu . Tuliskan sepucuk surat untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya .
13. Kempen menghijaukan bumi berjaya menarik perhatian rakyat negara ini . Bincangkan .
14. Tulis sebuah rencana tentang penderaan kanak-kanak .
15. Anda bermimpi dilarikan oleh makhluk asing . Ceritakan mimpi anda itu .
16. Kelas anda mengadakan jamuan perpisahan . Jamuan perpisahan itu dibuat khusus untuk guru kelas kamu yang akan berpindah . Kamu sebagai ketua kelas dikehendaki membuat ucapan mewakili murid-murid lain .
17. Pencemaran yang berlaku sekarang ini disebabkan oleh perbuatan manusia .
18. Tuliskan sebuah surat kiriman kepada rakan pena anda tentang sambutan menyambut Hari Raya / Tahun Baru Cina baru-baru ini .
19. Permainan tradisonal sekarang ini semakin pupus dan semakin tidak disukai oleh golongan muda . Berikan pendapat anda .
20. Pasukan rumah sukan anda telah berjaya menjadi johan dalam temasya sukan tahunan sekolah.Tuliskan langkah-langkah yang telah dibuat oleh pasukan rumah sukan anda sehingga berjaya dalam pertandingan tersebut.
21. Sejak akhir-akhir ini permainan tradisional kian dilupakan.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil bagi mempopularkan permainan ini semula?
22. Baru-baru ini anda telah terbaca berita di sebuah akhbar tempatan tentang kejayaan seorang rakan anda yang memenangi pertandingan menulis cerpen peringkat negeri.Tuliskan sepucuk surat mengucapkan tahniah kepada kawan anda itu.
23. Pihak sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan untuk meraikan seorang guru yang akan bersara. Dalam majlis tersubut, anda diminta menyampaikan ucapan.Sediakan teks ucapan anda itu.
24. Peribahasa "jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu", sering kali disebut dalam masyarakat kita.Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa itu.
25. Di tempat tinggal anda, kemudahan awam sering dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda sebagai wakil penduduk kawasan itu dikehendaki menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap perkara itu.Tulis surat anda itu selengkapnya.
26. Anda telah mewakili sekolah anda ke Program Bina Semangat dan Motivasi yang dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah tempat anda. Pelbagai pengalaman yang menarik telah anda tempuhi.
Ceritakan pengalaman anda itu.
27. Teknologi maklumat telah berkembang pesat di negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai pelajar, bagaimanakah perkara ini dapat dimanfaatkan?Terangkan pendapat anda itu.
28. Anda telah berpeluang menemu ramah seorang tokoh sukan untuk mengetahui penglibatan, kejayaan dan perancangan beliau dalam bidang sukan yang diceburuinya.Tulis temu ramah itu selengkapnya
29. Pemuliharaan alam sekitar di negara kita menjadi tanggungjawab pihak berkuasa.Bincangkan pernyataan di atas.
30. Dari setahun ke setahun, semakin banyak pendatang asing yang berhijrah untuk mencari kehidupan baru di Malaysia.Bincangkan faktor-faktor yang pada pendapat anda menyebabkan keadaan ini berlaku.
31. Kawan anda menghadapi masalah dalam pelajaran. Dia sering mendapat markah yang kurang memuaskan. Sebagai kawan baiknya, anda ingin memberikan nasihat dan pandunan bagi meningkatkan prestasi pelajarannya.Tulis nasihat dan panduan anda itu.
32. Masyarakat Melayu dahulu kaya dengan peribahasanya. Antaranya, "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
33. Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolah anda. Tajuk syarahan itu ialah "Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara".Tulis syarahan anda itu selengkapnya.
34. Sekolah anda baru sahaja selesai mengadakan acara Merentas Desa. Sebagai setiausaha rumah sukan, anda diminta menulis laporan tentang perjalanan acra tersebut untuk disampikan kepada guru penasihat rumah sukan.Tulis laporan itu selengkapnya.
35. Persatuan sejarah sekolah anda akan mengadakan lawatan sambil belajar ke satu tempat bersejarah di negara ini.Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda diminta menulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan memohon kebenaran melawat ke tempat tesebut.Sediakan surat tesebut selengkapnya.
36. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penubuhan unit berpakaian seragam seperti Pengakap, Puteri Islam, Kadet Remaja dan sebagainya banyak memberi faedah kepada pelajar.Huraikan faedah-faedah yang akan anda dapati dengan menyertai satu daripada pasukan pakaian seragam itu.
37. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna". Begitulah bunyi peribahasa Melayu.Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
38. Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Jaya Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda.Ceritakan pengalaman anda itu.
39. Faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan sesebuah sekolah ialah disiplin.Pada pendapat anda bagaimana kita dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah.
 

P&P 10/1/2011
PETIKAN 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor penyakit kulit. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Penyakit kulit mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung pada bahagian anggota yang terkena jangkitan, misalnya kulat kutu air yang tumbuh di kaki, ruam gatal yang tumbuh di pangkal paha selain kurap yang tumbuh di bahagian anggota badan yang lain.
Tanda-tanda awal jangkitan kulat ialah permukaan kulit cepat menjadi merah, bersisik , dan gatal. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila badan berpeluh. Keadaan yang sedemikian akan memudaratkan kesihatan seseorang. Seseorang yang dijangkiti kulat akan berasa tidak selesa dan sentiasa menggaru-garu untuk menghilangkan rasa gatal.

Pakaian yang ketat juga menggalakkan pertumbuhan kulat, terutamanya pada bahagian kaki dan anggota badan yang berlipat seperti lutut dan siku. Selain itu, memakai kasut yang sempit dan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik menyebabkan kaki dan jari-jemari kaki berpeluh lalu menggalakkan pertumbuhan kulat.

Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri mudah dijangkiti kulat melalui angin. Angin yang bertiup mampu menerbangkan jutaan spora kulat ke permukaan kulit yang lain. Jangkitan turut terjadi jika seseorang itu suka berkongsi barang-barang peribadi dengan ahli keluarga atau orang lain.

Jangkitan kulat juga boleh berlaku melalui sentuhan, iaitu apabila tubuh menyentuh tanah, air, tumbuhan atau haiwan yang telah dijangkiti kulat. Lazimnya, penghidap penyakit kulit malas mandi atau mereka tidak mencuci semua permukaan kulit sehingga bersih. Penawar anti-kulat boleh didapati di farmasi dan kedai perubatan Cina dalam bentuk krim, cecair, dan serbuk. Walau bagaimanapun, jika tanda-tanda jangkitan kurap berlarutan, penghidap hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Langkah 1
Cari dan gariskan 5 isi ringkasan.
Langkah 2
Tentukan perkataan/ perkataan-perkataan yang perlu ditulis dalam ringkasan

Bahagian A (ii) : PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN

1. Apakah maksud rangkai kata penawar anti-kulat?
Rangkai kata penawar anti-kulat ialah …………………………………………………..

2. Bagaimanakah keadaan orang yang dijangkiti kulat?
Orang yang dijangkiti kulat akan …………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kulit?
Langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kulit adalah dengan …………………
………………………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………




 
P&P 7/JAN 2011

TAJUK: KARANGAN JENIS KEPERIHALAN/PENGALAMAN

Pendahuluan

a)Bahagian permulaan peristiwa
b)Mengandungi pihak yang terlibat dalam cerita
c)Lokasi cerita
d)Masa berlaku

Isi dan Perkembangan Isi

a)Mengandungi segala peristiwa yang berlaku
b)Bahasa mesti jelas dan dapat menggambarkan peristiwa yang berlaku
c)Jalan cerita yang menarik
d)Ada unsur-unsur saspens
e)Memuatkan perasaan yang dialami

Penutup

a)Peleraian segala peristiwa
b)Menamatkan cerita anda dan elakkan cerita yang tergantung
c)Gambarkan juga perasaan yang dialami setelah selesai peristiwa tersebut

CONTOH KARANGAN JENIS KEPERIHALAN/GAMBARAN

Karangan Keperihalan/Gambaran

Pada musim cuti yang lalu, anda telah berpeluang menyertai Kem Motivasi Diri yang dianjurkan oleh sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda itu.

Pada cuti persekolahan yang lalu, saya telah berpeluang mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling sekolah saya. Seramai 50 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima mengikuti kem tersebut. Aktiviti yang dijalankan selama tiga hari itu telah diadakan di Kem Motivasi Lanchang,Merlimau.

Pada hari pertama, setelah memasang khemah, semua peserta mendengar taklimat daripada Cikgu Azizan. Selaku guru penasihat, Cikgu Azizan telah menerangkan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau berharap agar pelajar dapat membina jati diri dalam menghadapi cabaran sebagai remaja menerusi aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Pada malamnya, sebuah kertas kerja yang bertajuk ‘Remaja Kini dan Cabaran’ telah disampaikan oleh Dr.Fadley, pensyarah daripada Universiti Putra Malaysia(UPM). Kertas kerja tersebut mengajak peserta berfikir secara positif dalam menempuh cabaran yang mendatang. Ramai pelajar teruja dan memberi respons yang baik terhadap pembentangan tersebut.

Akiviti yang paling menarik sekali adalah pada hari kedua. Bagi membina ketahanan diri, aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit dijalankan. Peserta telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dan setiap kumpulan diberi peta perjalanan dan sebuah kompas. Setiap kumpulan diminta mencatat nama tumbuh-tumbuhan, unggas, dan anak sungai yang ditemui.Aktiviti tersebut berakhir dengan jayanya walaupun terdapat peserta yang mengalami kecederaan kecil akibat terjatuh semasa mendaki bukit yang agak curam.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan persembahan kebudayaan daripada setiap kumpulan. Ada yang mengadakan persembahan Dondang Sayang, Boria, Dikir Barat dan sebagainya.Kumpulan saya mengadakan persembahan pencak silat dan mendapat tepukan yang gemuruh daripada peserta yang lain. Tanpa disangka-sangka juga hadiah telah diberikan kepada kumpulan kami oleh pihak penganjur kerana telah membuat persembahan yang paling mencuri hati peserta yang menontonnya.

Pada hari ketiga, tepat jam 9.00 pagi setelah selesai bersarapan dan mengemas beg dan peralatan, kami telah dibenarkan pulang dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.Kami berasa sungguh gembira.Walaupun aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang singkat, tetapi sekurang-kurangnya dapat membina keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal menjelma
nanti.
 


Guys, saya memohon maaf.... setelah bermesyuarat dengan ketua penatia Bahasa Malaysia sebentar tadi.. telah diputuskan bahawa penggunaan buku latihan adalah ditetapkan 'WAJIB' bersaiz panjang iaitu:-

1) BUKU LATIHAN KARANGAN DAN TATABAHASA
2) BUKU LATIHAN KOMSAS &
3) BUKU LATIHAN RINGKASAN.

* Mohon maaf sekali lagi

P&P MINGGU PERTAMA....

 3&4 JAN 2011(HOMEWORK)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan lengkapkan soalan pemahaman berikut.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai pelajar di negara ini mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM apabila tinggal beberapa minggu lagi untuk diduduki. Tabiat mengulangkaji pada saat akhir amat merugikan pelajar. Pelajar yang mengamalkan tabiat ini akan memahami secara luaran sesuatu topik tanpa mampu untuk menghuraikannya. Malahan topik yang dibaca terhad dan amat berbahaya jika topik tersebut tidak diajukan dalam peperiksaan. Sekiranya mengulangkaji dari awal tahun, pelajar dapat menjawab semua topik yang diajukan dengan cepat dan tepat.

            Belajar pada saat akhir juga menyebabkan fikiran menjadi kusut. Apa tidaknya, banyak tajuk yang hendak dibaca sedangkan masa begitu pendek. Hal ini tidak berlaku sekiranya belajar lebih awal, perasaan lebih tenang dan peperiksaan dianggap sebagai cabaran. Ada yang berpendapat,belajar disaat akhir menyebabkan pelajar itu ketandusan ilmu atau memperolehi ilmu yang sedikit berbanding dengan pelajar yang pandai menggunakan dan memanfaatkan masa yang ada padanya.

            Pernahkan anda terbaca berita seseorang pelajar tiba-tiba menjadi seorang yang agresif?. Hal ini disebabkan peperiksaan semakin hampir dan harapan ibu bapa pula terlalu tinggi. Oleh sebab rasa tanggungjawab itu tidak dapat dipikul, golongan ini membaca dengan perasaan terpaksa lalu menjadi manusia yang agresif. Selain itu belajar pada saat akhir tidak menimbulkan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. Berbanding orang yang belajar awal,keyakinan dalam diri begitu besar. Akhirnya peperiksaan yang ditunggu pun tiba.

            Oleh sebab persediaan sebulan sebelum peperiksaan,di dalam dewan peperiksaan perasaan akan berasa gelisah. Hal ini tidak berlaku jika membuat persediaan awal pelajar akan menghadapi peperiksaan dengan tenang. Selain itu juga belajar di saat akhir,akan wujud rasa tidak puas hati di dalam diri. Ketika itulah timbul rasa kesal kerana tidak mahu belajar dari awal. Apa bila keputusan diumumkan dan memperoleh keputusan yang buruk,timbul rasa bersalah terhadap diri dan keluarga menguasai diri.


(Dipetik daripada rencana “Kerugian dan Keburukan Belajar pada saat akhir)
Oleh Aziziun Asmat, Fokus,,Mac 2006

 PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN

1)      1) Tuliskan 5 isi penting di atas


1) ………………………………………………………………………………………………..


2) ………………………………………………………………………………………………..


3) ……………………………………………………………………………………………….


4) ………………………………………………………………………………………………
.

5) ……………………………………………………………………………………………….




2. Apakah maksud rangkai kata tidak dapat dipikul?
Rangkai kata tidak dapat dipikul ialah ………………………………………………….
.

3. Nyatakan empat kelebihan belajar dari awal ?
Kelebihan belajar dari awal ialah, …………………………………………………….
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………..

4. Pada pendapat anda, mengapakah sebahagian pelajar hanya terdorong belajar
sebulan sebelum peperiksaan?
Sesetengah pelajar belajar pada saat akhir kerana…………………
………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………..............


PERINGATAN :

BAGI KELAS 2A, SILA HANTAR TUGASAN PEMAHAMAN INI PADA HARI RABU
BAGI KELAS 2B, SILA HANTAR TUGASAN PEMAHAMAN INI PADA HARI KHAMIS..

TUGASAN KEDUA,
SILA RUJUK BUKU TEKS TINGKATAN 2 PADA HALAMAN 8, TULISKAN SEBUAH KARANGAN UNTUK MENCERITAKAN AKTIVITI ANDA SEMASA CUTI SEKOLAH. 

BAGI KELAS 2A, SILA HANTAR PADA HARI JUMAAT & BAGI KELAS 2B, SILA HANTAR PADA HARI KHAMIS........

.......................SEBARANG PERTANYAAN SILA AJUKAN KEPADA SAYA................
...........................................SELAMAT MAJU JAYA GUYS.................................................



Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang - Panduan Untuk "My Student"
--------------------------------------------------------------------------------

Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'

Jangan bersikap pesimistik

Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

Kesedaran memikul tanggungjawab

Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

Tumpuan sepenuh hati

Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

Mulakan dari awal

Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.

Sentiasa bersedia

Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'

Lengkapkan peralatan

Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?

Tepati waktu belajar

Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

Dapatkan bantuan guru

Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

Hormati guru

Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

Bersoal jawab dengan guru

Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

Beri pandangan membina

Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

Berbncang dengan rakan

Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

Siapkan tugasan yang diberi

Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Tubuhkan kumpulan studi

Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

Sering masuk perpustakaan

Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

Baca akhbar

Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

Menonton rangcangan yang sesuai

Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.

Lakukan peperiksaan kendiri

Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

Sediakan jadual waktu

Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

Sertai ceramah motivasi

Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

Sertai seminar peperiksaan

Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.

Beli buku rujukan

Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

Masuk kelas tuisyen

Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

Lawatan ke pameran buku

Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)

Sertai kokurikulum sekolah

Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.

Sanggup manghadapi cabaran

Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

Jaga keselamatan diri

Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

Jaga kesihatan fizikal

Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

Makanan seimbang

Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

Malu bertanya sesat jalan

Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

Sembahyang

Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

Doa

Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

Tawakkal

Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Assalamualaikum & salam sejahtera kpd 'student' saya semua,

selamat meneroka ilmu Bahasa Malaysia dan menempuh alam tingkatan 2...
Diharapkan laman ini dapat menjadi manfaat kepada semua sebagai satu bahan rujukan dan maklumat...
Saya akan pastikan bahan-bahan terkini akan diperbaharui dari semasa ke semasa....
Sila ambil rujukan penting sebagai panduan awk semua...

Akhir kata,
Selamat berkenalan & Ayuh kita sama-sama belajar dan mendalami ilmu Bahasa Malaysia..
Terima kasih....... 
AYUH.. SAMA-SAMA KITA BEKERJASMA